Madu Kelulut



Pengusaha Pak Kasim Home2Stay, Tn Hj Ahmad Kasim juga ada mengusahakan penternakan madu kelulut asli secara kecil-kecilan. Penghuni homestay dan orang awam boleh membeli madu kelulut asli ini dengan menghubungi beliau di talian +6012-561 4433.







Secara umumnya, madu kelulut berkhasiat untuk kesihatan dan mampu menurunkan paras glukos pesakit diabetes dan berkesan mengecah kanser dan gout jika diamalkan dengan baik tanpa pengambilan yang berlebihan. Pengambilan madu kelulut juga dapat membantu manusia mengekalkan tenaga sepanjang hari dan meningkatkan metabolism tubuh badan.


Ringkasannya kebaikan madu kelulut dapat membantu, mencegah dan merawat penyakit-penyakit berikut :-

1) Melancarkan Peredaran Darah
2) Meningkatkan Pengeluaran Hormon
3) Meningkatkan Daya Tahan Badan
4) Mencegah Serangan Strok
5) Menperbaiki Sel Tubuh Yang Rosak
6) Memperkuatkan Fungsi Otak
7) Mengendurkan Urat-urat Yang Tegang
8) Melegakan Rasa Keletihan
9) Meningkatkan Metabolisma Badan
10) Meningkatkan Kecerdasan Kanak-kanak
11) Membantu Mempercepatkan Penyembuhan Selepas Pembedahan
12) Mencegah Dan Mengawal Sel Kanser
13) Mengurangkan Resdung
14) Merawat Batuk, Selsema dan Sakit Kerongkong
15) Membantu Menurunkan Tahap Tekanan Darah
16) Mengurangkan Lelah/Asma
17) Melancarkan Pernafasan
18) Membantu Merendahkan Kandungan Gula Dalam Darah
19) Mencegah Pembentukan Batu Karang
20) Membantu Penyembuhan Luka Akibat Diabetes



Antara Contoh-contoh Cara Pengambilan Madu Kelulut Untuk Kesihatan


a) Melegakan Sakit Tekak Dan Batuk
  • Campurkan limau nipis/lemon suam dan dicampurkan sesudu madu kelulut dan minum.


b) Menyembuhkan Luka Dan Kesan Terbakar Akibat Api Atau Air Panas
  • Sapukan madu kelulut ditempat yang luka atau terbakar. Madu akan bertindak balas sebagai antiseptik yang amat mujarab.


c) Melembutkan Kulit
  • Sapukan madu kelulut di bahagian kulit yang kering dan dibiarkan selama lebih kurang 30 minit sebelum dibersihkan.




Gambar-gambar Penternakan Kelulut